Satu perkara yang sebelum nie saya tak pernah dengar dan ambil tahu adalah mengenai Batu Serai. Yer ler, nama pun batu Serai so maknanya batu tu datang dari pokok serai. Batu nie boleh diambil daripada pokok serai makan ataupun pokok serai wangi. Alhamdulillah, saya berkesempatan menyaksikan kebesaran Allah dengan melihat sendiri bagaimana batu tersebut di'hasil'kan daripada pokok serai makan dan serai wangi.
Pokok serai tersebut mestilah yang berbunga. Kalau yang takde bunga, tak jadi ler. Wak yang 'membaca' doa bukan ler jenis calang-calang orang. Dah tentu dia mempunyai kelebihan berinteraksi dengan makhluk halus yang kita tak nampak. Tujuan saya pergi hanya lah sekadar memenuhi rasa ingin tahu dan melihat sendiri dengan mata, takde ler main dengar cerita orang sahaja.
Permulaan prosesnya, Wak tersebut akan mematahkan bunga-bunga Serai dan dibaca dengan sesuatu. Kain hitam digunakan untuk menutup bahagian atas rumpun serai tersebut. Selepas membaca sesuatu, dia pun menepuk-nepuk rumpun serai tu dan selepas itu mula lah operasi mencabut rumpun serai tersebut.
Apabila dicabut serai tersebut, biasanya ia akan diletak diatas tikar agar batu-batu serai yang melekat diantara akar-akarnya tidak tercicir didalam kegelapan. Sebahagian diantara kami akan mula meraba-raba mencari batu-batu serai dibekas tempat dicabut dan sebahagian lagi mencari diakar rumpun serai tersebut.
Segala usaha mencari tersebut tidak lah boleh terang, kecuali dengan menggunakan suluhan lampu suluh sahaja. Yang menariknya, batu-batu tersebut 'hidup'. Ianya boleh masuk semula kedalam tanah sekiranya kita lambat mengambilnya atau mengambil masa yang lama membelek-belek batu tersebut. Ada juga dimana batu tersebut akan menjadi seketul tanah apabila kita terlalu lama membelek-belek.
Batu serai yang terdapat agak cantik seperti kaca. Ada ketikanya batu 'jade' hijau juga akan ada bersama batu tersebut. kalau nasib baik batu delima pun ada. Selain daripada batu-batu, ada pula barangan yang perlu di 'tebus' sekiranya berminat. Harga tebusan bergantung kepada Wak atau Pembantunya yang menentukannya.
Barangan tebusan biasanya benda yang sudah siap / sempurna untuk digunakan seperti: (1) Keris Kecil (2) Al Quraan Kecil (3) Batu yang sudah diikat menjadi Cincin (4) Minyak Buluh Perindu (5) Gelang bersama Batu-batunya (6) Anting-anting dan macam-macam lagi lah.. Setakat yang saya pernah pergi 2 kali, harga tebusan yang paling murah adalah RM30 manakala yang paling mahal sehingga RM200.
Kebiasaanya benda-benda nie mempunyai 'penjaga' atau lebih popular dikenali sebagai 'khadam'. Secara umumnya, ia boleh digunakan untuk tujuan perubatan. Adalah cara-cara dan kaedah yang perlu dipelajari untuk menggunakannya. Oh ya, jangan lah terlalu mudah dan awal melabelkan seseorang itu 'syirik', banyak perkara yang kita tidak tahu yang mungkin perlu kita pelajari dan dalami sebelum hendak menghukum seseorang.
Kiranya Wak nie 'terer' gak ler. Ada tu dia ambil segempal tanah dan dibaca sesuatu. Tengok-tengok ada sebiji batu serai. Kira ok ler tu haha..
Sekadar renungan, hanya kerana kita tidak nampak, tidak bererti ianya tidak ada. Hanya kerana kita tidak mengetahui, tidak bererti ianya salah atau benar.
Pada pandangan saya, sekiranya anda berkesempatan melihat sendiri benda-benda 'ajaib', pergilah, tak salahpun. Niatkan didalam hati, hendak lihat kebesaran Allah. Bahawasanya Ilmu Allah itu teramat lah luas. Kita sebagai hambanya mungkin diberi kelebihan memiliki sesuatu ilmu, terpulang lah samada kita hendak menggunakannya dijalan yang benar atau sebaliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan