Gelang dan rantai bukanlah jenis pemakaian lelaki islam. Hiasan lelaki cuma dua iaitu cincin dan isteri. Lelaki haram pakai rantai dan gelang tangan walau apa jenis sekalipun melainkan jika darurat dan telah diakui ada perubatan yg benar2 berkesan dan diakui oleh doktor islam yang adil. Sebenarnya tiada dalil yang sah hukum lelaki memakai gelang dan rantai namun dalam mazhab Syafi'iy(Fiqh alManhaji) menegaskan haram hukumnya berdasarkan hadis Bukhari (no 5546) yang bermaksud:
Dari Ibn Abbas RA, bahawa Rasulullah saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki."
Fiqh as Syafi'iy berpendapat haram hukumnya lelaki menyerupai wanita dalam berpakaian dan perhiasan seperti mengenakan anting-anting, loket, kalung, rantai leher dan gelang tangan. Juga diharamkan peniruan dalam bentuk percakapan dan lenggang-lengguk kecuali itu adalah asal kejadiannya (khunsa sahaja).
أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا
"Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: "Apakah ini?" Orang itu menjawab: "ianya daripada al-Wahinah (penyembuh/penangkal dari sakit)." Sabda Nabi saw: "Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya." (Sahih Imam Ahmad)
Al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman Islam-online) dan DR. MAZA ketika ditanya tentang hukum memakai gelang tujuan perubatan, apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam syirik yang kecil, beliau menjawab:
“Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan